LHDN ambil alih kutip bayaran balik pinjaman PTPTN 2012

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Mulai tahun hadapan, peminjam baru Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan didaftarkan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membolehkan kutipan balik pinjaman melalui pemotongan gaji.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Hasmah Abdullah berkata, sehingga hari ini seramai 40,000 peminjam PTPTN secara sukarela telah berdaftar untuk urusan pemotongan cukai berjadual (PCB).
Menurut beliau, dengan pembayaran balik pinjaman menerusi PCB itu, LHDN kini berjaya mengutip RM7 juta setiap bulan daripada peminjam PTPTN seluruh negara.
“Peminjam PTPTN baru yang didaftarkan di LHDN itu bagaimanapun hanya boleh membayar balik pinjaman setelah menamatkan pengajian mereka dalam tempoh tiga hingga empat tahun akan datang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan pada Majlis Penutupan Projek Sistem Perakaunan Hasil Berelektronik (eRAS) di sini hari ini.
Sebelum itu, beliau berkata, sistem pembayaran pinjaman PTPTN belum dimasukkan ke dalam sistem eRAS kerana pihaknya dengan perbadanan itu sedang bekerjasama mengkaji undang-undang, sistem dan aspek operasi.
Pelaksanaan sepenuhnya jelas beliau dijangka bermula 1 Januari 2012 sementara pindaan Akta PTPTN dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Jun tahun depan.
Beliau berkata, kerajaan telah memutuskan LHDN mengambil alih urusan mengutip bayaran balik pinjaman PTPTN mulai tahun hadapan.
Katanya, dalam urusan ini, LHDN dan PTPTN sedang bekerjasama mengkaji undang-undang di bawah Akta PTPTN dan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri dari aspek sistem dan operasi yang akan diguna pakai.
Oleh kerana LHDN diminta mengambil alih mengutip pembayaran balik pinjaman PTPTN, ujarnya, maka penguatkuasaan juga mesti diberi kepada pihaknya bagi memastikan kutipan dilakukan secara berkesan.
“Kini peminjam secara sukarela membuat bayaran balik menerusi PCB dan LHDN tidak boleh mengambil tindakan jika mereka tidak membayar kerana penguatkuasaan hanya boleh dilakukan oleh PTPTN.
“Semakan kepada Akta PTPTN dan Akta LHDN sedang dilakukan untuk memasukkan peruntukan di bawah Akta Cukai Pendapatan supaya penguatkuasaan kutipan boleh dilaksanakan,” ujarnya.
About these ads
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s